Tuesday, December 22, 2009

Death

Death.
The enemy that no one can escape.


Takziah kepada Nuruddin. Semoga arwah ibunya berada dalam rahmat Nya.
Al-fatihah.

Sunday, October 11, 2009

Ternoda

Saya tahu awak marah. Malam pesta itu saya biarkan tubuh badan awak dijamahi oleh jari-jari jantan yang penuh nafsu serakah. Dan saya hanya mampu melihat kerakusan mereka menjamah setiap inci dan susuk tubuh awak yang menggiurkan itu. Mata saya terpaku melihat awak dilakukan seperti binatang. Melihat jari-jari itu menodai awak sudah cukup membuatkan jiwa saya terseksa. It's a tragedy. Malam pesta itu bukanlah seperti apa yang saya rancang. Maafkan saya. Awak bukan bohsia. Bukan. Tapi malam itu saya lakukan awak sepertinya. 3 lelaki sudah menggomol awak dengan rakus. Maafkan saya.



Saya berjanji akan belikan awak hardcase selepas ini. Dan selepas ini saya tidak akan memberi pinjam awak lagi kepada budak-budak lain setelah melihat apa yang terjadi pada awak. Saya akan jaga awak dengan baik. Percayalah sayang.
Muaahhh~ Sayang Alice!



****


Mahal la siak bass gua ni. Babi betul lah boleh scratch!!

Monday, October 5, 2009

Update

Gua sudah terasa kemalasan mahu meng-update blog. Ada siapa-siapa sudi beli url blog gua tak? Tak mahal. Cuma RM10juta sudah cukup. Gua nak buat duit belanja lepak kt Miami beach nanti.

Saturday, September 12, 2009

Balik Kampung!



Gua sudah konfius. Ralat. Tahun ini gua tak tahu nak balik beraya kampung yang mana. Masing-masing sudah main tarik tangan gua ajak balik beraya kampung dengan mereka. Nak tunjuk pada mak opah. Nak tunjuk pada mak ayah. Bakal menantu bilang mereka.

"Oh God, please help me!"

Friday, September 11, 2009

Alice The Beast!

Gua sekarang sangat gembira. Gua tak tahu macam mana gua nak jelaskan perasaan yang menyelubungi gua. Awesome. Fantastic. Pleasure. Orgasm. You name it! Oh ya, lagi nikmat dari berzina dengan Maria Ozawa.

Mungkin gua tak perlu bercerita panjang kenapa gua gembira. Pandai-pandai lu orang lah buat rekaan cerita sendiri. Lu orang sudah besar bukan? Ha, bagus! Apa yang boleh gua cakap ialah gua sudah lama mengidam benda ini.

Gua kenalkan pada lu semua..Alice The Beast!!








****

Gua tak jamin keselamatan lu kalau moshing atau pogo sebelah gua masa Alice dan gua sedang perform. Mungkin ada yang bermandi darah nanti. Please take note, ok!

Thursday, August 27, 2009

Selamat Hari Lahir Part Deux

Hari ini 27 August 2009.

Selamat Hari Lahir.

Terima kasih banyak-banyak atas teks ucapan hari jadi yang gua terima. Love you guys!


****


Gua baru 19 tahun lah.

Monday, August 24, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari ini pada 25 August 2009.

Selamat Hari Lahir yang ke 56 untuk ibu gua. Semoga panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki. The best mum in the world!

Selamat Hari Lahir yang ke 27 untuk abang gua juga. Semoga berjaya dalam hidup. Cepat-cepat lah kahwin oit!

Jutawan

Dear Friend,

How are you today?. Well it is a pleasure to contact you on this regard and i prayed that this will turned out to be ever lasting relationship for both of us.
How ever it's just my urgent need for a Foreign partner that made me to contact you for this Transaction.

I am a banker by profession from Burkina-faso in west Africa and currently holding the post of Director Auditing and Accounting Unit of the Bank.

I have the opportunity of transferring the left over fund (15.5 Million Us Dollars)Fifteen Million Five Hundred Thousand United States of American Dollars of one of my Bank clients who died along with his supposed next of kin in an air crash at Kenya on july 21th 2003.

Hence I am inviting you for a business deal where the money can be shared between both of Us in the ratio of 60% / 30% while 10% will be mapped out for expenses.
If you are really intrested in my proposal further details of the Transfer will be forwarded unto you as soon as I receive your return mail.

Have a nice day.
MR BUSU GWADA


Gua cek emel pagi tadi. Gua terima emel seperti di atas ini. Gua rasa sudah rezeki gua kot. Rezeki bulan Ramadhan katakan. Rezeki untuk orang yang rajin berpuasa dan berterawih macam gua. Mungkin doa gua sudah dimakbulkan. Tak sia-sia dahi gua berbekas tanda sujud. Sudah tiba masanya gua untuk bergelar jutawan. Gua sudah boleh tersenyum riang sorang-sorang.

30% dari USD15.5million sama nilai dengan USD4.65million. Tukar kepada Ringgit Malaysia lu darab la dengan 3.80 kalau tidak silap gua. Huii..jutawan segera!

Terima kasih Encik Busu Gwada!


****


Encik Busu ni tak puasa ke nak tipu gua?

Friday, August 21, 2009

Wanted



Kalau ada ternampak makhluk ini berkeliaran di bulan Ramadhan tolong cepat-cepat tangkap dan telefon Jabatan Agama Islam Johor. Kerjasama anda amat dihargai.


Selamat berpuasa!

Saturday, August 15, 2009

Bulan Puasa





Yusuf Taiyoob.............


*Macam makan kurma dalam kelambu.

Friday, August 14, 2009

Kelas Mengaji



Hari ini gua belajar perkataan baru.

FACKA.

Eh, sama maksud tak dengan FUCKER?

Thursday, August 13, 2009

Mendidih

Apa kejadah pulak pakcik tua ni tiba-tiba nak duduk semeja dengan gua? Nak kata dia pakcik gua memang jauh dari rupa lah.Mungkin sebab meja dan kerusi lain sudah penuh orang duduk.Itu hal kecil.Gua tak ambil port langsung.

Dia senyum. Gua balas.

Tetapi,apa kejadah pulak pakcik ini bawak jam loceng sekali dengan dia?! Kemudian, boleh pulak dia melayan ringtone alarm jam loceng tu tak henti-henti!!

Beberapa pasang mata perhatikan meja gua.Sambil berbisik-bisik.

"Gua tak kenal pakcik ni okey..." jerit gua dalam hati.

Gua sudah malu. I need to get out from this table. AFH. Away from him.

Ada baik gua beredar sebelum pakcik tua itu membuat lagi perkara yang diluar akal logik manusia.

****

Sial. Ada amoi gelakkan kat gua.

Wednesday, August 12, 2009

Investment

Kebelakangan ini gua semakin berminat dalam dunia pelaburan ataupun mat salleh bilang investment.Ya, gua ingin melaburkan duit gua. Entah angin apa datang hembus kat hidung gua.

Dunia pelaburan ini memang banyak dugaan. Biasalah, sebelum berjaya halangan, dugaan dan pancaroba akan datang dahulu. Kemudian, barulah duit yang gua modalkan akan beranak pinak dan membiak dengan aktifnya.

Gua hanya perlukan sokongan moral dari lu sahaja.

Balik dari kerja ni gua nak pergi invest dekat Da Ma Chai.

Arch Enemy



Gua rasa agak rare untuk melihat frontman sesuatu band itu wanita. Ataupun istilah frontwoman yang lebih sesuai. Selain dari No Doubt, terus terang gua memang cukup teruja dengan band Arch Enemy ini terutama dengan vokalisnya Angela Gossow dari segi vokal yang ganas dan makan darah.


Tapi Gwen Stefani masih tetap membuatkan adrenalin gua naik turun dengan laju.


Timmy, lu rasa Kate Parry boleh nyanyi macam Angela Gossow tak?

Friday, August 7, 2009

Addicted?

Tekak gua sakit macam tak ingat.Dia punya perit macam kerandut melecet.Kekerapan gua batuk dalam 1 hari adalah sangat banyak.Serius.Sudah 3 hari indeks kesihatan gua menjunam ke gaung.

Batuk-batuk.Demam.Migrain.Berdenyut.

Dalam 1 hari gua mampu menghabiskan 12 biji panadol actifast.2 biji untuk diambil setiap 4 hingga 6 jam.Itu prescription pada ubat.Prescription dalam hati gua tak menyebut apa-apa.Ikut kata hati.

Painkiller.Addicted.

Gua masih bernafas lagi.Apa ada hal.


****

Terlupa nak beli Coke.

Tuesday, August 4, 2009

YAD




Gua cukup suka dengan gambar ni.
Gaya lompatan gua memang 10!

Sunday, August 2, 2009

2 Saat

"Lu tau tak french fries yang lu makan ni kalau terjatuh kat lantai lu hanya ada 2 saat untuk selamatkan dia..." ujar seorang kawan suatu hari ketika gua sedang menikmati makanan segera.

"Apasal pulak?" gua bertanya.

"Sebab dalam masa 2 saat kuman-kuman kat lantai tak sempat nak hinggap kat french fries lu..." jawab dia dengan nada penuh bangga bagai ilmu penuh di dada.

"Kalau french fries gua jatuh atas najis anjing macam mana?"

"....."


****


Relevankah 2 saat?

Sunday, July 26, 2009

Sukses

Sukses.Itu je yang mampu gua cakap untuk show pertama Metalung.Gua dapat tengok @ "tengak" (orang Raub cakap) wajah puas peminat-peminat Metalung.Gua pun puas.Bandmate gua pun puas.

Set untuk Metalung tak panjang.Kami hanya bawa beberapa lagu sahaja.Cukup untuk kau orang hangguk-hangguk kepala dan tangan menumbuk langit.Kalau rambut panjang memang dah cukup cantik buat windmill.

Selesai sahaja set Metalung peminat mula membuat hal.Chaos.

"We want more..We want more..We want fucking more!!"

Jerit peminat-peminat Metalung yang kebanyakan terdiri dari tough guy. Muka ganas minum darah badan sasa tattoo tengkorak.Mampus gua kalau kena pukul.

You know,it is hard to please people.

Damn.



"Raise your hand and say Metalungggg..!!"

Tuesday, July 21, 2009

Neraka

Things that we can't change eventually will change ourselves.

Monday, July 20, 2009

Awek Tingkat 5

Oh rasanya sudah lama gua tidak bercerita dan bersembang tak tentu hala pasal Awek Tingkat 5.Itu hari gua ada ternampak dia.Berdiri di tepi jalan.Menunggu seseorang pada pendapat gua.Gua perhatikan dia dari jauh.Gua nak mulakan conversation ataupun salam perkenalan dengan dia.Tapi gua tak tahu nak mulakan dengan ayat apa sebelum gua mencucuk manifesto yang lebih manis.

"Tumpang tanya cik adik..jam pukul berapa sekarang?"

Taktik itu sudah lapuk la brader.Dah tentu gua pun pakai jam tangan juga.

"Cuaca hari ini panas kan.."

Agak bodoh jugak sebab JB sudah berapa hari ini hujan.

Gua terus memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk gua pakai agar imej gua sebagai lelaki korporat tidak terjejas.Dan tak semena-mena otak gua terus dapat satu ayat power yang boleh membuatkan hati gua sendiri terpikat pada diri gua.Gua tersenyum riang.

Sedang gua melangkah menuju ke arah Awek Tingkat 5 tiba-tiba datang satu Wira biru dipandu lelaki meluncur dan berhenti dihadapan dia.Awek Tingkat 5 terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan gua dengan langkahan gua yang semakin lemah.Sial.


****

Rugi la lu tak dapat dengar ayat gua yang power!