Showing posts with label Neraka. Show all posts
Showing posts with label Neraka. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Balik Kampung!



Gua sudah konfius. Ralat. Tahun ini gua tak tahu nak balik beraya kampung yang mana. Masing-masing sudah main tarik tangan gua ajak balik beraya kampung dengan mereka. Nak tunjuk pada mak opah. Nak tunjuk pada mak ayah. Bakal menantu bilang mereka.

"Oh God, please help me!"

Monday, August 24, 2009

Jutawan

Dear Friend,

How are you today?. Well it is a pleasure to contact you on this regard and i prayed that this will turned out to be ever lasting relationship for both of us.
How ever it's just my urgent need for a Foreign partner that made me to contact you for this Transaction.

I am a banker by profession from Burkina-faso in west Africa and currently holding the post of Director Auditing and Accounting Unit of the Bank.

I have the opportunity of transferring the left over fund (15.5 Million Us Dollars)Fifteen Million Five Hundred Thousand United States of American Dollars of one of my Bank clients who died along with his supposed next of kin in an air crash at Kenya on july 21th 2003.

Hence I am inviting you for a business deal where the money can be shared between both of Us in the ratio of 60% / 30% while 10% will be mapped out for expenses.
If you are really intrested in my proposal further details of the Transfer will be forwarded unto you as soon as I receive your return mail.

Have a nice day.
MR BUSU GWADA


Gua cek emel pagi tadi. Gua terima emel seperti di atas ini. Gua rasa sudah rezeki gua kot. Rezeki bulan Ramadhan katakan. Rezeki untuk orang yang rajin berpuasa dan berterawih macam gua. Mungkin doa gua sudah dimakbulkan. Tak sia-sia dahi gua berbekas tanda sujud. Sudah tiba masanya gua untuk bergelar jutawan. Gua sudah boleh tersenyum riang sorang-sorang.

30% dari USD15.5million sama nilai dengan USD4.65million. Tukar kepada Ringgit Malaysia lu darab la dengan 3.80 kalau tidak silap gua. Huii..jutawan segera!

Terima kasih Encik Busu Gwada!


****


Encik Busu ni tak puasa ke nak tipu gua?

Friday, August 21, 2009

Wanted



Kalau ada ternampak makhluk ini berkeliaran di bulan Ramadhan tolong cepat-cepat tangkap dan telefon Jabatan Agama Islam Johor. Kerjasama anda amat dihargai.


Selamat berpuasa!

Friday, August 14, 2009

Kelas Mengaji



Hari ini gua belajar perkataan baru.

FACKA.

Eh, sama maksud tak dengan FUCKER?

Thursday, August 13, 2009

Mendidih

Apa kejadah pulak pakcik tua ni tiba-tiba nak duduk semeja dengan gua? Nak kata dia pakcik gua memang jauh dari rupa lah.Mungkin sebab meja dan kerusi lain sudah penuh orang duduk.Itu hal kecil.Gua tak ambil port langsung.

Dia senyum. Gua balas.

Tetapi,apa kejadah pulak pakcik ini bawak jam loceng sekali dengan dia?! Kemudian, boleh pulak dia melayan ringtone alarm jam loceng tu tak henti-henti!!

Beberapa pasang mata perhatikan meja gua.Sambil berbisik-bisik.

"Gua tak kenal pakcik ni okey..." jerit gua dalam hati.

Gua sudah malu. I need to get out from this table. AFH. Away from him.

Ada baik gua beredar sebelum pakcik tua itu membuat lagi perkara yang diluar akal logik manusia.

****

Sial. Ada amoi gelakkan kat gua.

Sunday, July 12, 2009

Shit

Gua perhatikan manusia lalu-lalang sebelah gua.
Tak menghiraukan kewujudan gua.
Seorang pakcik bermisai ala Lemmy Motorhead di hadapan gua menghisap kretek.
Khusyuk melihat kepulan asap-asap beracun.
Gua perhatikan mamak mengambil order.
Kucing jalanan datang menggesel kaki gua manja.
Maaf.
Tiada makanan.
Gua perhatikan monitor gua.
Dan nyalakan ecstacy kehidupan gua.
Sudah hampir sejam gua termenung.

Gua pasang lagu Toxic Holocaust.
Headbanging seorang diri.

****

Shit.

Sunday, June 14, 2009

Lesen

"Bila nak ambil lesen kereta?"

"Entahlah mak..tak tahu lagi bila"

"Kau ni..Emak rasa dah banyak kali mak pesan suruh ambil"




I'm just the defender of the hopeless guilty.

Friday, June 12, 2009

Cacat

J : Awak jangan garang sangat ajar budak praktikal tu..kesian kat dia nanti.

K : Mana ada garang lah..saya pijak semut pun tak mati.Tapi cacat lah paling kurang semut tu.

Friday, June 5, 2009

Candu

J : Awak..apa yang syok sangat hisap rokok tu?

K : Rokok itu ecstacy kehidupan saya.Hehe..

Monday, June 1, 2009

Pro dan Kontra (Bukan Game Contra)

Waktu lunch tengahari tadi.Gua ambil nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur kubis.Ya,gua tidak lagi jadi vegetarian hujung bulan.Sebab sekarang ini awal bulan.Gaji sudah masuk.Hati sudah senang.

"Berapa kak?" tanya gua sambil menunjuk pinggan gua.

"RM4 dik.." jawab kakak tu dgn jujur.

Gua hulur RM10.Gua mengharapkan duit gua dipulangkan sebanyak RM6.

"Nah dik duit baki awak.." kata akak tu sambil menghulur duit baki.

Gua ambil.Gua terus menuju ke meja makan.

Gua cuba kira duit baki tadi.Ada sehelai not RM5 dan 4 helai not RM1.

Akak ni dah tersilap bagi duit baki.Tak kan gua belanja makan nasi ayam merah sayur kubis RM1 je?

Takpelah.Rezeki gua kot.Gua bukak wallet.Gua simpan not duit tu kemas-kemas.

Gua makan.

Lepas makan gua harus menunaikan tanggungjawab kepada paru-paru.Tanggungjawab yang tak pernah gua abaikan.Tanggungjawab yang gua harus tunaikan sejak gua mengenali batang yang berisikan daun-daun tembakau.Gua selak-selak kotak merah Pall Mall 14 gua.Sial.Dah habis.Gua melincah ke kedai mamak bawah pokok.

"Bagi gua Pall Mall 14..merah ya!" sambil gua hulur not RM10.

Duit bertukar tangan.Rokok bertukar tuan.

"Mamak..apa lu bg duit baki kurang singgit ni?" marah gua sambil mengira duit baki RM3.50.

"Sori bang..sori bang.."


Sial.Cuba rip-off gua.
Gua terus berlalu sambil memaki-maki.


***

Rezeki jangan ditolak.

Friday, May 29, 2009

Benda Percuma Siapa Taknak

RM0. Ingin dapatkan gambar minah cun?
Sila taip ON CWP dan hantar ke 37800.
Semua pendaftaran percuma.


Gua terima sms ini petang tadi.
Benda percuma siapa yang taknak bukan?

Oh shit..handphone gua tiada mms ataupun 3G.
Cuma up sikit dari nokia 3310 je.

Celaka!

Thursday, May 28, 2009

Anak Derhaka

Epul,

Bapak lu tak marah lu jual van dia buat beli piano?

Monday, May 18, 2009

2 a.m.

Gua perasan sejak dua menjak ni.
Anjing-anjing kejiranan gua berkelakuan aneh.
Setiap pagi dalam pukol 2 ke atas anjing-anjing tuh akan menyalak.
Menyalak mendayu-dayu.
Lemak merdu.
Syahdu gua dengar.

Tapi yang pasti setiap pagi pukol 2 ke atas juga bulu roma gua akan meremang!

Solution : Pasang kuat-kuat lagu Metallica - Am I Evil

Thursday, May 7, 2009

Malam Jumaat Keliwon

Gua kt kedai mamak.
Tgh online.
Gua pelik.
Apasal pakcik2 berkopiah ni tengok2 gua mcm gua muka pecah rumah?

Oh gua lupa..
Sekarang da waktu maghrib.
Lepas tu kena baca Yassin.
Yela..malam jumaat.

Oh masih byk lagu lagi yg gua perlu download.

Sunday, May 3, 2009

Dr. Howard Mierzwaik

Otak gua dah terlalu sesak.

Gua harap Dr. Howard Mierzwaik dapat tolong gua reverse memori gua.

Saturday, May 2, 2009

Lu Rasa Shaiful Hatta Da Cukup Hebat? Saksikan Ni..

Amacam Shaiful Hatta?

Buktikan rupa paras bukan penghalang!

Wednesday, April 29, 2009

Dialog Dari Sebuah Realiti Kehidupan

"Cinta itu ibarat kurap..makin digaru makin sedap!"

Begitulah kata2 kawan gua, Encik H yang kecewa setelah gadis idaman beliau menjadi milik orang lain.

Gua no komen.

Layan.

Monday, April 27, 2009

Apa Kaitan Parkir Dgn Polis?

Gua kena saman dgn polis siang tadi.

Kesalahan : Parking di atas garisan tidak putus-putus di bahu jalan.

Oh..sekarang ni sebut "parking" atau "parkir" eh?

Apa yang gua nampak ialah..

Parkir = Fucker!

Celaka.Melayang duit gua nanti.

Saturday, April 25, 2009

Gua Nak Anak-anak Gua Membesar Macam Ni..Family Planning Namanya..

Gua rasa mesti mak gua marah kalau cucu dia macam ni..
Sila klik sini..

Thursday, April 23, 2009

Surat Berantai Ni Gua Tujukan Kepada Ah Beng Sebelah Gua..

Brader,

Gua tau lu mmg nampak hensem malam ni.
Gua tau lu pny lambut manyak tajam2.
Gua tau lu pakai itu jam mahal2 pny.
Gua tau lu bawak itu keta sport rim manyak besar2.

Tapi..

Bole tak jangan ulang lagu Jason Mraz I'm Yours sampai seratus kali?!!!

Yang Ikhlas,

Saya Yang Silly.