Monday, June 1, 2009

Pro dan Kontra (Bukan Game Contra)

Waktu lunch tengahari tadi.Gua ambil nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur kubis.Ya,gua tidak lagi jadi vegetarian hujung bulan.Sebab sekarang ini awal bulan.Gaji sudah masuk.Hati sudah senang.

"Berapa kak?" tanya gua sambil menunjuk pinggan gua.

"RM4 dik.." jawab kakak tu dgn jujur.

Gua hulur RM10.Gua mengharapkan duit gua dipulangkan sebanyak RM6.

"Nah dik duit baki awak.." kata akak tu sambil menghulur duit baki.

Gua ambil.Gua terus menuju ke meja makan.

Gua cuba kira duit baki tadi.Ada sehelai not RM5 dan 4 helai not RM1.

Akak ni dah tersilap bagi duit baki.Tak kan gua belanja makan nasi ayam merah sayur kubis RM1 je?

Takpelah.Rezeki gua kot.Gua bukak wallet.Gua simpan not duit tu kemas-kemas.

Gua makan.

Lepas makan gua harus menunaikan tanggungjawab kepada paru-paru.Tanggungjawab yang tak pernah gua abaikan.Tanggungjawab yang gua harus tunaikan sejak gua mengenali batang yang berisikan daun-daun tembakau.Gua selak-selak kotak merah Pall Mall 14 gua.Sial.Dah habis.Gua melincah ke kedai mamak bawah pokok.

"Bagi gua Pall Mall 14..merah ya!" sambil gua hulur not RM10.

Duit bertukar tangan.Rokok bertukar tuan.

"Mamak..apa lu bg duit baki kurang singgit ni?" marah gua sambil mengira duit baki RM3.50.

"Sori bang..sori bang.."


Sial.Cuba rip-off gua.
Gua terus berlalu sambil memaki-maki.


***

Rezeki jangan ditolak.

9 comments:

  1. nanti orang rip off lu balik padan muka lu

    ReplyDelete
  2. gaji dh masok
    ape lagi
    raining bloodlh kite

    ReplyDelete
  3. huh..

    kurang seringgit pun berkira.

    dasar!

    ReplyDelete
  4. haha, gua pernah berada dalam situasi macam ni.

    ReplyDelete