Thursday, August 27, 2009

Selamat Hari Lahir Part Deux

Hari ini 27 August 2009.

Selamat Hari Lahir.

Terima kasih banyak-banyak atas teks ucapan hari jadi yang gua terima. Love you guys!


****


Gua baru 19 tahun lah.

Monday, August 24, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari ini pada 25 August 2009.

Selamat Hari Lahir yang ke 56 untuk ibu gua. Semoga panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki. The best mum in the world!

Selamat Hari Lahir yang ke 27 untuk abang gua juga. Semoga berjaya dalam hidup. Cepat-cepat lah kahwin oit!

Jutawan

Dear Friend,

How are you today?. Well it is a pleasure to contact you on this regard and i prayed that this will turned out to be ever lasting relationship for both of us.
How ever it's just my urgent need for a Foreign partner that made me to contact you for this Transaction.

I am a banker by profession from Burkina-faso in west Africa and currently holding the post of Director Auditing and Accounting Unit of the Bank.

I have the opportunity of transferring the left over fund (15.5 Million Us Dollars)Fifteen Million Five Hundred Thousand United States of American Dollars of one of my Bank clients who died along with his supposed next of kin in an air crash at Kenya on july 21th 2003.

Hence I am inviting you for a business deal where the money can be shared between both of Us in the ratio of 60% / 30% while 10% will be mapped out for expenses.
If you are really intrested in my proposal further details of the Transfer will be forwarded unto you as soon as I receive your return mail.

Have a nice day.
MR BUSU GWADA


Gua cek emel pagi tadi. Gua terima emel seperti di atas ini. Gua rasa sudah rezeki gua kot. Rezeki bulan Ramadhan katakan. Rezeki untuk orang yang rajin berpuasa dan berterawih macam gua. Mungkin doa gua sudah dimakbulkan. Tak sia-sia dahi gua berbekas tanda sujud. Sudah tiba masanya gua untuk bergelar jutawan. Gua sudah boleh tersenyum riang sorang-sorang.

30% dari USD15.5million sama nilai dengan USD4.65million. Tukar kepada Ringgit Malaysia lu darab la dengan 3.80 kalau tidak silap gua. Huii..jutawan segera!

Terima kasih Encik Busu Gwada!


****


Encik Busu ni tak puasa ke nak tipu gua?

Friday, August 21, 2009

Wanted



Kalau ada ternampak makhluk ini berkeliaran di bulan Ramadhan tolong cepat-cepat tangkap dan telefon Jabatan Agama Islam Johor. Kerjasama anda amat dihargai.


Selamat berpuasa!

Saturday, August 15, 2009

Bulan Puasa





Yusuf Taiyoob.............


*Macam makan kurma dalam kelambu.

Friday, August 14, 2009

Kelas Mengaji



Hari ini gua belajar perkataan baru.

FACKA.

Eh, sama maksud tak dengan FUCKER?

Thursday, August 13, 2009

Mendidih

Apa kejadah pulak pakcik tua ni tiba-tiba nak duduk semeja dengan gua? Nak kata dia pakcik gua memang jauh dari rupa lah.Mungkin sebab meja dan kerusi lain sudah penuh orang duduk.Itu hal kecil.Gua tak ambil port langsung.

Dia senyum. Gua balas.

Tetapi,apa kejadah pulak pakcik ini bawak jam loceng sekali dengan dia?! Kemudian, boleh pulak dia melayan ringtone alarm jam loceng tu tak henti-henti!!

Beberapa pasang mata perhatikan meja gua.Sambil berbisik-bisik.

"Gua tak kenal pakcik ni okey..." jerit gua dalam hati.

Gua sudah malu. I need to get out from this table. AFH. Away from him.

Ada baik gua beredar sebelum pakcik tua itu membuat lagi perkara yang diluar akal logik manusia.

****

Sial. Ada amoi gelakkan kat gua.

Wednesday, August 12, 2009

Investment

Kebelakangan ini gua semakin berminat dalam dunia pelaburan ataupun mat salleh bilang investment.Ya, gua ingin melaburkan duit gua. Entah angin apa datang hembus kat hidung gua.

Dunia pelaburan ini memang banyak dugaan. Biasalah, sebelum berjaya halangan, dugaan dan pancaroba akan datang dahulu. Kemudian, barulah duit yang gua modalkan akan beranak pinak dan membiak dengan aktifnya.

Gua hanya perlukan sokongan moral dari lu sahaja.

Balik dari kerja ni gua nak pergi invest dekat Da Ma Chai.

Arch Enemy



Gua rasa agak rare untuk melihat frontman sesuatu band itu wanita. Ataupun istilah frontwoman yang lebih sesuai. Selain dari No Doubt, terus terang gua memang cukup teruja dengan band Arch Enemy ini terutama dengan vokalisnya Angela Gossow dari segi vokal yang ganas dan makan darah.


Tapi Gwen Stefani masih tetap membuatkan adrenalin gua naik turun dengan laju.


Timmy, lu rasa Kate Parry boleh nyanyi macam Angela Gossow tak?

Friday, August 7, 2009

Addicted?

Tekak gua sakit macam tak ingat.Dia punya perit macam kerandut melecet.Kekerapan gua batuk dalam 1 hari adalah sangat banyak.Serius.Sudah 3 hari indeks kesihatan gua menjunam ke gaung.

Batuk-batuk.Demam.Migrain.Berdenyut.

Dalam 1 hari gua mampu menghabiskan 12 biji panadol actifast.2 biji untuk diambil setiap 4 hingga 6 jam.Itu prescription pada ubat.Prescription dalam hati gua tak menyebut apa-apa.Ikut kata hati.

Painkiller.Addicted.

Gua masih bernafas lagi.Apa ada hal.


****

Terlupa nak beli Coke.

Tuesday, August 4, 2009

YAD




Gua cukup suka dengan gambar ni.
Gaya lompatan gua memang 10!

Sunday, August 2, 2009

2 Saat

"Lu tau tak french fries yang lu makan ni kalau terjatuh kat lantai lu hanya ada 2 saat untuk selamatkan dia..." ujar seorang kawan suatu hari ketika gua sedang menikmati makanan segera.

"Apasal pulak?" gua bertanya.

"Sebab dalam masa 2 saat kuman-kuman kat lantai tak sempat nak hinggap kat french fries lu..." jawab dia dengan nada penuh bangga bagai ilmu penuh di dada.

"Kalau french fries gua jatuh atas najis anjing macam mana?"

"....."


****


Relevankah 2 saat?