Sunday, July 26, 2009

Sukses

Sukses.Itu je yang mampu gua cakap untuk show pertama Metalung.Gua dapat tengok @ "tengak" (orang Raub cakap) wajah puas peminat-peminat Metalung.Gua pun puas.Bandmate gua pun puas.

Set untuk Metalung tak panjang.Kami hanya bawa beberapa lagu sahaja.Cukup untuk kau orang hangguk-hangguk kepala dan tangan menumbuk langit.Kalau rambut panjang memang dah cukup cantik buat windmill.

Selesai sahaja set Metalung peminat mula membuat hal.Chaos.

"We want more..We want more..We want fucking more!!"

Jerit peminat-peminat Metalung yang kebanyakan terdiri dari tough guy. Muka ganas minum darah badan sasa tattoo tengkorak.Mampus gua kalau kena pukul.

You know,it is hard to please people.

Damn.



"Raise your hand and say Metalungggg..!!"

Tuesday, July 21, 2009

Neraka

Things that we can't change eventually will change ourselves.

Monday, July 20, 2009

Awek Tingkat 5

Oh rasanya sudah lama gua tidak bercerita dan bersembang tak tentu hala pasal Awek Tingkat 5.Itu hari gua ada ternampak dia.Berdiri di tepi jalan.Menunggu seseorang pada pendapat gua.Gua perhatikan dia dari jauh.Gua nak mulakan conversation ataupun salam perkenalan dengan dia.Tapi gua tak tahu nak mulakan dengan ayat apa sebelum gua mencucuk manifesto yang lebih manis.

"Tumpang tanya cik adik..jam pukul berapa sekarang?"

Taktik itu sudah lapuk la brader.Dah tentu gua pun pakai jam tangan juga.

"Cuaca hari ini panas kan.."

Agak bodoh jugak sebab JB sudah berapa hari ini hujan.

Gua terus memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk gua pakai agar imej gua sebagai lelaki korporat tidak terjejas.Dan tak semena-mena otak gua terus dapat satu ayat power yang boleh membuatkan hati gua sendiri terpikat pada diri gua.Gua tersenyum riang.

Sedang gua melangkah menuju ke arah Awek Tingkat 5 tiba-tiba datang satu Wira biru dipandu lelaki meluncur dan berhenti dihadapan dia.Awek Tingkat 5 terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan gua dengan langkahan gua yang semakin lemah.Sial.


****

Rugi la lu tak dapat dengar ayat gua yang power!

Selamat Malam

Selamat malam.

Friday, July 17, 2009

Daulat



Lu jangan berani buat Sultan Johor murka.


****

"Apa lak ni Iskandar plak kat sini.."

Thursday, July 16, 2009




Jangan lupa menyaksikan kumpulan pujaan gadis-gadis bandar beraksi.

Metalung is gonna whip your ass!

Monday, July 13, 2009

Stranger Than Fiction

Telefon bimbit Nokia aka hidup segan mati tak mahu milik gua berbunyi.Gua terima mesej dari nombor yang tak dikenali.

"Pe cte bro?"

Gua membalas.

"Takde cite la beb..ape cerit?"

"Ak pun xde cite.bile nak lepak?"

"Bile2 lah..gua tak kesah.Nanti roger gua!"


"Ok"

Dia reply pendek.

Tapi siapa yang ajak gua melepak ni?Hati gua berharap awek-awek berbadan solid aka Megan Fox aka Maya Karin tersalah hantar mesej pada gua.Gua tersenyum.

"Weh..lu sape?Sori gua terlupa nak save no fon lu"

Gua memberi alasan supaya tidak dimaki sebab tak save nombor fon.

"MJ!"





"Amacam seksaan kubur?"


****


Haram jadah budak sekolah lama gua rupanya.Perasan MJ.

Sunday, July 12, 2009

Shit

Gua perhatikan manusia lalu-lalang sebelah gua.
Tak menghiraukan kewujudan gua.
Seorang pakcik bermisai ala Lemmy Motorhead di hadapan gua menghisap kretek.
Khusyuk melihat kepulan asap-asap beracun.
Gua perhatikan mamak mengambil order.
Kucing jalanan datang menggesel kaki gua manja.
Maaf.
Tiada makanan.
Gua perhatikan monitor gua.
Dan nyalakan ecstacy kehidupan gua.
Sudah hampir sejam gua termenung.

Gua pasang lagu Toxic Holocaust.
Headbanging seorang diri.

****

Shit.

Sunday, July 5, 2009

Wolverine



"Lu jangan carik pasal sama pakcik gua.Sekali gua cakar lu baru tau!"


*****


Sayang anak sedara gua ni!

Photoshoot Model Air Hitam

Saksikan wajah-wajah model yang didatangkan khas dari Air Hitam yang pasti membuatkan hidung lu berdarah.















****

Gua suka gambar yang last.Teringat dekat kawan gua.