Tuesday, June 23, 2009

Hibernasi

Blog ini akan berhibernasi.

*****

Gua nak pergi makan nasi jap.

Sunday, June 14, 2009

Lesen

"Bila nak ambil lesen kereta?"

"Entahlah mak..tak tahu lagi bila"

"Kau ni..Emak rasa dah banyak kali mak pesan suruh ambil"




I'm just the defender of the hopeless guilty.

Seluar Ketat

Gua berjogging dekat tasik Taman Merdeka petang tadi.Belakang istana.Dengan harapan ramai awek-awek cun berseluar ketat berjogging sama.Gua sudah mula teruja dengan imaginasi gua.

Tepat pukul 6 gua sudah berada di lokasi kejadian.Gua perhatikan sekeliling gua.Mana awek-awek cun berseluar ketat berlari-lari?Hampa.Tiada langsung bayang-bayang.Yang kelihatan hanya pakcik-pakcik yang sudah berkeluarga memancing ikan dekat tasik.

Habis tu,gua jogging seorang la ni?

Suwey btol.

***

Gua terus stretching badan gua yang sudah berangin.

Friday, June 12, 2009

Sugar Mummy Diperlukan Segera!




Profile
Nama : Shaiful Hatta
Umur : 22 tahun
Kelebihan : Mempunyai lesung pipit di pipi dan batu lesung di dapur rumah.


Kepada sesiapa yang berminat menjadikan Shaiful Hatta sebagai anak ikan sila kontek gua dengan kadar yang segera!!

Cacat

J : Awak jangan garang sangat ajar budak praktikal tu..kesian kat dia nanti.

K : Mana ada garang lah..saya pijak semut pun tak mati.Tapi cacat lah paling kurang semut tu.

Wednesday, June 10, 2009

Iron Maiden



Abang Bruce Dickinson,

Bila awak nak datang Malaysia dan makan roti canai dengan saya?


Yang ikhlas,

Peminat No.1 Iron Maiden (bukan Mydin).

Friday, June 5, 2009

Candu

J : Awak..apa yang syok sangat hisap rokok tu?

K : Rokok itu ecstacy kehidupan saya.Hehe..

Monday, June 1, 2009

Pro dan Kontra (Bukan Game Contra)

Waktu lunch tengahari tadi.Gua ambil nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur kubis.Ya,gua tidak lagi jadi vegetarian hujung bulan.Sebab sekarang ini awal bulan.Gaji sudah masuk.Hati sudah senang.

"Berapa kak?" tanya gua sambil menunjuk pinggan gua.

"RM4 dik.." jawab kakak tu dgn jujur.

Gua hulur RM10.Gua mengharapkan duit gua dipulangkan sebanyak RM6.

"Nah dik duit baki awak.." kata akak tu sambil menghulur duit baki.

Gua ambil.Gua terus menuju ke meja makan.

Gua cuba kira duit baki tadi.Ada sehelai not RM5 dan 4 helai not RM1.

Akak ni dah tersilap bagi duit baki.Tak kan gua belanja makan nasi ayam merah sayur kubis RM1 je?

Takpelah.Rezeki gua kot.Gua bukak wallet.Gua simpan not duit tu kemas-kemas.

Gua makan.

Lepas makan gua harus menunaikan tanggungjawab kepada paru-paru.Tanggungjawab yang tak pernah gua abaikan.Tanggungjawab yang gua harus tunaikan sejak gua mengenali batang yang berisikan daun-daun tembakau.Gua selak-selak kotak merah Pall Mall 14 gua.Sial.Dah habis.Gua melincah ke kedai mamak bawah pokok.

"Bagi gua Pall Mall 14..merah ya!" sambil gua hulur not RM10.

Duit bertukar tangan.Rokok bertukar tuan.

"Mamak..apa lu bg duit baki kurang singgit ni?" marah gua sambil mengira duit baki RM3.50.

"Sori bang..sori bang.."


Sial.Cuba rip-off gua.
Gua terus berlalu sambil memaki-maki.


***

Rezeki jangan ditolak.

Awek Level 5 Menara Landmark

Awak,
Gadis bertudung putih,
Berbaju hijau,
Berjeans biru.

Walaupun selalu kita berselisih bahu dalam lif,
Tapi percayalah,
Kita akan berjumpa lagi nanti.


Muahhhssss!


***

Gua terasa macam gua ni Rosyam Nor pula dengan entry ni.